:: FOLLOWERS ::

Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Giveaway - Coaster dari FaRmys


Hi..

Jom joint Giveaway kat blog saya lagi satu.. farmys. Senang je syaratnya :

1. Cerita mengenai giveaway ini kat blog..
2. Idea mengenai birthday party anaknya..



Hadiahnya :


Coaster yang dibuat sendiri dengan fabric Designer Cotton kesayangannya.. 


Tarikh tutup : sebelum 18 Mac 2012


Nak tengok hadiah yang bakal korang dapat : meh tengok contoh kat bawah.. 
hadiahnya lum siap, ni contoh ye..

Pop Flower Coasters from Chasing Cottons


Wednesday, June 2, 2010

Mini Tote Bag


Semalam dah janji nk tunjuk hadiah giveawaykan..
So, ini lah hadiah yang bakal diterima oleh Nida..

Terimalah Mini Tote Bag ni k..
Sy gunakan fabrik yang sama seperti bag saya..
Tahniah Nida.. ~bag ni dibuat dengan penuh kasih sayang tau.. hiks! ~

 


Tuesday, June 1, 2010

Giveaway Winner!

Alhamdulillah..
Ni giveaway kedua yg sy anjurkan..
Giveaway ni adalah sebagai permulaan bagi mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang mengenai bag saya, sebab rasanya lepas ni akan menghasilkan bag2 pulak..

TAPI, sy tak dapat nak masukkan gambar hadiahnya, sebab handphone sy tertinggal..
Tipon tu lah yg digunakan utk amik gambar, balas sms dan mcm2 lagi lah!..
Ingat nak bg keputusan esok, tp takut peserta ternanti2 pulak, tak per esok sy masukkan gambar hadiah k.. Yg penting nama pemenang diumumkan hari ini...

Ok, ini adalah kata2 pemenang bertuah..

Bila baca entry ini, teringat Nida pada kata orang tua-tua "Dah dapat barang baru, barang lama jangan dibuang"... tahniah sekali lagi kerana anda bijak menggunakan sumber yang ada dengan berhemah..:) - Nida

Selain tu Nida juga rajin link kan contoh untuk rujukan.. Syabas! rajin sungguh..

Ramai yang berminat dengan penambahan tali bag lama yang sy pasang dan ditambah dengan scarf lama juga.. kira ok la percubaan sy..

Sebenarmya banyak juga komen dan pendapat peserta yang menarik..
contohnya.. tambahkan butang besar atau zip untuk penutup bag, selain cantik, ianya juga untuk keselamatan.. memang betul tapi sy tak pandai pasang zip.. ~malu nak ngaku..~ butang tu memang nak pasang, tp nantilah untuk bag yg akan datang ye.. Nak lekat butang2 kang serabut lak sebab fabric tu dah penuh gambar2 bag.. Terimalah seadanya.. hiks!

Tahniah kepada pemenang.. dan kepada peserta yang lain jangan berkecil hati.. Insyallah sy akan buat giveaway lagi k.. Pandangan bernas anda sy jadikan panduan..

So, kepada Nida, email sy k..

Monday, May 24, 2010

Giveaway ~ Danish ~


Macam tak caya.. caya la, caya la!!..

Cam ni ceritanya.. ~ ingat ni buku cerita ke? lantak la.. nak cita jugak..~
Tah dari mana dtgnya aura kerajinan.. Sabtu minggu lepas, tetiba rajin lak nak buat bag. Jeles tgk semua org buat bag sendiri..
Nama jer sekolah amik 'rekaan fesyen dan membuat pakaian' nun jaun kat Setapak ~lengkap bg tau~ hehe..
Sebelum ni, mak duk asyik membebel jer, "beli mesin mahal2, lebih 2 gibu, simpan jer.."
Beli mesin siap dpt VIP belajar menjahit setahun, tak gak pegi2..
Apalah gajin sgt anak2 mak ni..

Pagi2 dah selongkar almari.. Almari tempat bertapanya kain2 yg beli kat internet dr crafter2.. Nak kuar pi beli malas, order je la.. Tup2 kuar lak idea.. Nak buat bag Danish.. bag tempat letak brg2 dia bila keluar..
3 jam la jugak buat, tapi bila siap.. emmm mcm tak puas hati la pulak..

Ni la beg Danish.. Tapi malu nk tunjuk dlm.. kureng kemas.. hehehe..


So, Sabtu hari tu.. buat bag mama lak.. Pikir punya pikir, mcm mana org lain buat cantik jer.. Tang dalam tu mcm mana x der kain lebih2 tu... haha, mentol dah keluar, sonang yo rupanya..

Tedeng.....
Cantik tak? Cantik!!! .. hiks perasan..
Malas nak buat tali bag, den potong tali bag lama, ingat nak buang, nasib tak buang lg..
Apa lagi, maka disambunglah tali tu dkt bag..
Haaa.. kan dah mcm beg beli kat shopping... perasan lg..




Nak tambah aksesori, jumpa lah silk scarf Padini yg dah lebih 5 tahun beli tak pakai2.. Ikat kat tali bag.. cantik jugak.. Poket depan siap cari corak matching nak disambungkan.. kata nk mcm beli kat kedai.. 


Ha.. ni dalam lak.. ada poket bagai..
Siap pegi rumah mak hari ahad tayang dgn Along.. ~my partner la~
dia ckp "ala ko beli kan.."
Wah bangganya.. hiks.. maksudnya betulla mcm bag beli kat shopping.. hiks!
Tunjuk lagi dgn mak.. mak senyum jer.. mesti dlm hati mak ckp.. "pandai pun anak aku.."
Ala.. sape lagi nak puji, puji la diri sendiri.. padahal org lain dh mcm2 bag buat, tak heran pun.. Nama pun first time, mesti excited kan...

So, mcm mana.. ok tak?
Kalau anda semua rasa ok.. atau ada apa2 idea pasal bag ni.. untuk improve lg ke.. rasa lawa ke.. bagi la tau.. seikhlasnya.. 
Komen sape paling best.. ada hadiah..
Saje je murah hati nk bagi hadiah.. Sebab.........

Danish dah setahun!! cam tak caya, kejap je anak mama dah besar...
Komen akan diadili 1 Jun 2010.. ok!!
Hadiah nya nanti sy fikir kan ye..

Friday, February 19, 2010

Hadiah utk DNI



Sorrri ye Dni.. lambat siapakan hadiah giveaway tuhari..
Sibuk lak pulak, wat dni tertunggu2 je..
Dni ni tak cerewet, dia kata apa2 je dia belasah kalau leh nak pinky2..
So yang brooch tu sy bg kaler pink la, Harap dni terimala hadiah yang tk seberapa ni..
Emm.. dni dah terima lum hadiah ni yek? Harap2 sampai dengan selamatnye..

Tuesday, February 2, 2010

PEMENANG NYE...


Salam semua..

Saya mintak maaf la bebanyak sebab lama sangat nak cabut undi ni..

Setelah di terjah blog-blog yang mengambil bahagian, ada seramai 81 penyertaan.. Sebab ada yang double entry.. Walaupun ada yang tidak memenuhi syarat2 tapi semua saya masukkan jugak.. Ala buat pun untuk suka2 kan..
So cara nak mencari pemenang nye saya guna teknologi kuno..


Ala macam orang cabut undi kutu tu..

Nah, ni la secawan nama-nama nye ye..

.
.
.
.
.
.
.




Dan pemenang nye adalah...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



.. ardinihumaira..
Nak minta Danish cabutkan undi dimakannya kertas tu.. So si Garfield ni la menjadi mangsa... tu yang mata kuyu je..
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi menyertainya.. Yang tak menang, jangan berkecil hati dan join lain kali ye.. Tunggu besday Danish lak..
So kepada pemenang sila email saya dan pilih la warna yang anda nak.. Insyaallah akan ditunaikan..
Sekian saje la giveaway kali ini... Tataaa....

Wednesday, January 27, 2010

GIVEAWAY DAH TUTUP YE..

Hai semua..
Dengan rasmi nye.. My Luverly Craft Giveaway dah tamat..
Wah... tak sangka ye ramai gak yang berminat nak join dan berminat dengan hadiah yang tak seberape ni..
Seramai 86 penyertaan.. Alhamdulillah.. tak disangka-sangka..
So sekarang ni tugas sy nk menerjah blog2 yang menyertainya..
Baru separuh terjah.. Sambung esok la ye..
Nama pemenang akan sy umumkan next entry k.. Harap semua dapat bersabar..
Terima kasih pada yang memberi pandangan, sokongan dan yang mengucapkan 'Hepi Besday' kat sy..
Jadi kita tunggu sapa yang kenaaaaa...




Monday, January 4, 2010

.. GIVEAWAY ..

Seperti yang dijanjikan.. MYLUVERLYCRAFT dengan ikhlas nye nak buat giveaway.. Sori la ye sepatutnya minggu lepas nak buat tapi ke bizzian membuat tempahan baru la berkesempatan buat minggu ni..
So.. sudi-sudi la join giveaway yang tak seberapa ni..
Hadiahnye macam gambar di atas tapi pemenang leh pilih.. Hair clip dan brooch tu leh pilih la nak kaler ape..
SENANG JE :-
1. Jadi follower MY Luverly Craft..
2. Buat entry mengenai MYLUVERLYCRAFT GIVEAWAY di blog anda bagi ramai lg leh join..
3. Add Myluverlycraft dalam blog list anda..
4. Bagi komen & link blog dan email anda..

TARIKH TUTUP : 1 bulan selepas besday saya.. :-)
27 JANUARI 2010

Monday, December 21, 2009

YEAR END SALE



Hai semua..
Jualan sempena :-

* YEAR END SALE.. (Y.E.S)..

* Pembukaan blog baru dan

* My Birthday..

(dah tua ni.. hehe.. orang dh nk masuk tahun baru baru hegeh2 nk besday.. )

Dengan rela hatinye nak buat jualan harga murah..
Pilih je mana-mana..

RM 5.00 satu / RM 9.00 sepasang ..

DAN

Myluverly Craft nak buat GIVE AWAY ..
Segala maklumat lanjut pasal GIVE AWAY akan maklumkan dalam minggu ni ..
So rajin2 le jenguk ke cni.. jom la cuci mata..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...