:: FOLLOWERS ::

Wednesday, March 24, 2010

Selamatkan adik kami..


Mintak maaf banyak2.. Kali ni tak cerita pasal bisnez..
Sy x dpt melayan msg pelanggan2 sy..
Dah 2 hari sy cuti.. berulang ke hospital dan 2 hari berkampung kat sana..
Kami sekeluarga sedang susah hati.. :-(
Adik bongsu kesayangan kami sekeluarga ditimpa musibah.. Adik saya kemalangan..

Terbabas bersama 2 orang kawan yang baru dijemput kat Melaka.. Kawan2 dari Institut Perguruan K. Terengganu.. Dari Kelantan dan Terengganu datang ke rumah, sama2 nak praktikal seminggu kat sekolah di kampung saya..

Terbabas waktu Maghrib.. Ya Allah selamatkan lah adik sy.. Effy..
Kepalanye retak sedikit.. terhantuk..
Ada sikit pendarahan dalam otaknya..
Sekarang adik kat ICU Hospital Melaka..

Mcm mana dia nak belajar lepas ni..
Dia harapan keluarga..
Ayah menangis..
Ibu tabah.. jarang tengok mak menangis.. Wanita yang sangat tabah..
adik-beradik lain tak setabah emak..

Kuatkan semangat dik.. Cepat pulih ye.
Kami semua berdoa dia cepat sedar..
Dapat melawan kesakitan..

Tolong sama-sama doakan dia ye kengkawan..
Doa dari anda semua, hanya yang Maha Esa sahaja yg dapat membalasnya..



Ucapan dan doa sahabat2 semua bolehlah ditaip di bahagian ulasan di bawah ye..
Sy akan tunjukkan pada Effy bila dia sedar sepenuhnya.. Betapa ramainya yang menyayanginya..

Amin..

26 comments:

  1. semoga beliau cepat sembuh dan boleh belajar untuk bantu keluarga.. amin..


    kak.. tabahkan hati ya!

    ReplyDelete
  2. ya allah..tabahkan hati ye awak..moga adik awak cepat sembuh..amin...

    ReplyDelete
  3. Insyaallah Marsha doakan adik awk cepat sembuh...amin. Sabar ye awk...tabah kerana ini dugaan dr NYA untuk awk sekeluarga. Banyakkan solat hajat smoga adik awak cepat sembuh n sihat..amin.

    ReplyDelete
  4. salam...subhanallah...d harap anda bersama keluarga tabah dgn ujian dari-NYA

    ReplyDelete
  5. moga adik awak cepat sembuh n kembali spt sediakala..tabahkan hati n berdoalah sentiasa..insyaallah,aminnn...

    ReplyDelete
  6. pada kawan2 yang mendoakan adik sy di chat box.. sy ucapkan sgt2 berterima kasih..

    Doa dan semangat dari kalian amat dihargai.. untuk kami sekeluarga lebih tabah..

    ReplyDelete
  7. semoga Allah memberi yg terbaik buat anda sekeluarga...insha Allah saya doakan ;)

    ReplyDelete
  8. Akak doakan moga lovely craft dan keluarga bersabar dengan musibah yang menimpa adik kesayangan. Sama-sama berdoa moga Effy cepat sembuh,Allah maha mendengar moga memakbulkan doa kami.Amin

    ReplyDelete
  9. Moga luverly craft dan keluarga sabar dengan musibah yang menimpa.Sama-sama berdoa moga Effi cepat sembuh..Allah maha mendengar moga memakbulkan doa kami.AMIN

    ReplyDelete
  10. Hari Selasa , dia gerak2 juga.. Meronta2.. Menahan kesakitan.. Dia genggam tangan sy erat2.. Kaki menendang2..
    Nurse ikat kedua tangan dan kaki dia, takut dia cabut wayar2 kat badan dia.. Kesiannya..

    Petang semalam (Rabu) sy lawat adik lepas keje.. dia masih tak sedar.. Langsung x bergerak.. Mungkin dia pengsan.. Doktor nak cabut bantuan penafasan.. Bagi dia bernafas dengan sendiri..

    ReplyDelete
  11. semoga adik cepat sembuh....insya allah..amin

    ReplyDelete
  12. Yaa Allah ya Tuhanku, Engkau selamatkanlah Saudaraku Effy. Engkau gantikanlah kesakitan dan musibahnya itu dengan balasan yang baik disisi Engkau. Engkau letakkanlah musibah itu di tingkat kifarah, lalu Engkau gantikan dengan pahala kebaikan dan Engkau gandakan pula ia.

    Yaa Allah, ringankanlah baginya cubaan dan dugaan. Kerana dia sesungguhnya adalah seorang lelaki yang meringankan beban saudara2.

    Yaa Allah, Engkau maniskanlah iman itu. Dan engkau ganti kesakitannya itu dengan kebahagiaan yang kekal. Kerana dia adalah seorang anak yang selalu membuat kedua ibu bapanya bahagia. Dan seorang adinda yang sangat ringan kudratnya berkhidmat utk mereka. Dan dia juga adalah adinda yang sangat santun kepada kekandanya.

    Yaa Allah, makhburkanlah doaku ini. Dan sesungguhnya Engkau sangat melebihkan permintaan seorang hambaMu yang tidak meminta balasan. Dan sesungguhnya aku bermohon kepadaMu dengan tidak berhajatkan balasan buat diriku yaa Allah, Yaa Rahman, Yaa Rohim. Amin.

    ReplyDelete
  13. Buat Effy semoga tabah...
    Keluarga dan rakan sentiasa mendoakan kesejahteraan anda...
    InsyaAllah!

    ReplyDelete
  14. "Salam, sorry i copy ur brother's pic n put in my n3 without ur permision..Harap2 sesiapa yg dtg blog sy pown mendapat hebahan n berdoa wat adik u..."

    "Tabahkan hati n kuatkan semangat kerana semangat Effy bergantung kpda kuatnya semangat disekeliling dia...Semoga Effy segera sembuh...Amin..."

    ReplyDelete
  15. Rabu, Doktor dah cabut alat bantuan pernafasan.. Tapi effy masih tak boleh bernafas dgn sendiri.. Hari ni dah hari ke 6.. Alat tu tk boleh pakai lebih seminggu, nanti ada infection...

    Doktor nak tebuk leher dia.. Ya Allah!!
    Kami takut.. Takut lubang tu permanent.. Camne dia nanti.. Kami tak dapat bayangkan.. Sedar la dik.. Kuat kan semangat.. Dapat bernafas dengan sendiri pun jadilah..

    ReplyDelete
  16. semoga cepat sembuh kpd effy.kuatkan smgt tuk sembuh.ini adalah sebahagian ujian dr NYA.akk bila duduk d cc nye bisikkan ayat qursi 7x.dan katakan padanya kuatkan smgt.jgn ptus brdoa.jgn lekang dr hati dan bibir brdoa pdNYA supaya effy cepat sembuh.nescaya ALLAH mndgr doa kita.dan 1 lg pesanan walo sesibuk mana pon kita bila time mgrib jgnla drive/buat kerja.coz kala itu syaitan amt kuat hndak memesong iman mnusia.(pengalaman bnar)

    ReplyDelete
  17. Saya doakan semoga dia akan kembali sihat seperti sedia kala. InsyaAllah dia mampu dan akan sembuh dan dapat menjadi seorang pendidik yang berbakti kepada anak bangsa nanti.

    Semoga akak sekeluarga tabah menghadapi ujian ini...Tuhan tak akan beri ujian yang kita tak mampu nak hadapi.. :)

    ReplyDelete
  18. Ya Allah...Semoga Adik anda cpt sembuh...Amin..Kami doakan segala yg terbaik...Kuatkan semangat...Allah S.W.T sentiasa bersama kita.....

    ReplyDelete
  19. salam...
    semoga effy cepat sembuh n sedar..
    InsyaAllah n banyakkan bersabar..

    ReplyDelete
  20. Sabtu, Doktor mintak kebenaran untuk cabut saluran pernafasan Effy.. Pernafasannya sgt kencang.. Cuba utk bernafas sendiri.. Walaupun sedih tgk keadaan dia, tp ada perubahan dr sebelum ni.. Hari ni genap seminggu Effy kat hospital..

    Mcm2 usaha mak dan ayah buat.. utk elak perkara tk diingini.. Masa2 mcm ni, byk benda yg datang utk menyesatkan.. Kami usaha apa yg termampu..

    Ahad, Effy demam.. Kalau perkembangannya beransur pulih, sehari dua dpt la dia masuk wad.. Kami akan menjaganya di wad.. belajar utk latih Effy minum sendiri.. Sekarang dia minum guna saluran terus ke perut..

    Alhamdulillah.. ada perkembangan yg baik..

    ReplyDelete
  21. Salam. Ikhtiar penyembuhan penyakit yg saya emailkan kpd sdri tempoh ari adalah terbitan Darulsyiffa' yg diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din yg juga selaku Penasiht Darulsiffa' terbitan Edisi kedua.Semoga ini dapat membantu.InsyaAllah

    ReplyDelete
  22. moga anda sekeluarga tabah dengan dugaan. insyaallah, niat yang baik untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna dunia kahirat tu akan memudahkan proses penyembuhannya. saya mendoakan dari jauh. moga segera sembuh.

    ReplyDelete
  23. Isnin, 29/3 lepas balik keje g hospital.. Mlm jaga Effy dgn Zedah.. Effy x tido, kul 3 pg baru lelap.. Kami kena bg susu setiap 3 jam.. Pagi kami balik ganti dgn adik si Bita..
    Tghari kul 11.00 Along bersalin, operation..

    Selasa x jenguk Effy.. banyak urusan kt rumah.. hari ni cuti.. Mak jaga Effy.. Mlm tu tiba2 kecoh.. Semua doktor berkumpul panggil 'Firdauss.. Firdaus..'
    Effy tiba2 x bernafas.. Alhamdulillah.. Effy selamat..

    Rabu.. tak jenguk Effy.. tp mak ckp keadaan Effy sama je.. Along kuar Hospital.. Mak lg risau.. sorang kat hospital tgh sakit, sorang berpantang lak.. Baru operation bersalin.. Dua2 anak.. So, mlm ayah lak jaga Effy kt hopital.. Mak uruskan Along kt rumah..

    Khamis 1/4.. Pagi kul 6.30 ayah tipon dr hospital.. Ayah ckp Effy dan sedar.. leh ckp.. Mak ckp dgn Effy.. Tiba-tiba dia ckp.. "MAK LAPAR".. kesiannya... 2 minggu minum susu je..
    "LAPAR YE SAYANG, NANTI MAK BUATKAN BUBUR".. pagi tu mak hantar bubur.. Suami hantar.. Walaupun ngantuk baru balik keje mlm td, g hantar mak g hospital.. Kesiah Hubby ku.. (menantu harapan hehehe.. poyo)..

    ReplyDelete
  24. Syukur, alhamdulillah...

    Dah byk perkembangan Effy rupernyer....
    Harap2 Effy cepat sembuh...

    Amin....

    ReplyDelete
  25. Dah lama tk jenguk Effy kt hospital..
    Mcm2 dugaan.. lepas Effy, anak kesayangan ku lak masul hospital.. 2 mlm tido wad.. Paru2 Danish ada kuman.. Jap lg masukkan gambar Danish lak ye..

    Selasa 6/4.. G lawat Effy.. dia dah kenal orang.. kengkawan dia dtg ada yg dia kenal..
    Kawan2 sekolah lama dia ckp, dia tau pasal Effy pun kat facebook..

    Kitaorang amik video dia tgh ckp, dia ckp 'malula jgn masuk dlm internet'..hehe malu lak tu..

    Perangan dia dah x mcm dulu.. mcm budak2.. ckp pun mcm baby.. kami pun layan dia ckp mcm baby.. Nanti Effy sihat tengok ye rakaman tu.. Kelakar.. mesti dia malu.. hehe..

    ReplyDelete
  26. Rabu 7/4.. Alhamdulillah.. Effy dah kuar wad..
    Lega rasanya..
    Skrang kami pantau kt rumah je la..
    x yah la kami bermalam temankan Effy.. Yg selalu teman kan, ayah dan emak lah..

    Terima kasih banyak kepada yg selalu mendokan kesihatan Effy dan memberi sokongan kepada kami sekeluarga..

    ReplyDelete

Klik untuk Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...