Mintak maaf banyak2.. Kali ni tak cerita pasal bisnez..
Sy x dpt melayan msg pelanggan2 sy..
Dah 2 hari sy cuti.. berulang ke hospital dan 2 hari berkampung kat sana..
Kami sekeluarga sedang susah hati.. :-(
Adik bongsu kesayangan kami sekeluarga ditimpa musibah.. Adik saya kemalangan..
Terbabas bersama 2 orang kawan yang baru dijemput kat Melaka.. Kawan2 dari Institut Perguruan K. Terengganu.. Dari Kelantan dan Terengganu datang ke rumah, sama2 nak praktikal seminggu kat sekolah di kampung saya..
Terbabas waktu Maghrib.. Ya Allah selamatkan lah adik sy.. Effy..
Kepalanye retak sedikit.. terhantuk..
Ada sikit pendarahan dalam otaknya..
Sekarang adik kat ICU Hospital Melaka..
Sekarang adik kat ICU Hospital Melaka..
Mcm mana dia nak belajar lepas ni..
Dia harapan keluarga..
Ayah menangis..
Ibu tabah.. jarang tengok mak menangis.. Wanita yang sangat tabah..
adik-beradik lain tak setabah emak..
Kuatkan semangat dik.. Cepat pulih ye.
Kami semua berdoa dia cepat sedar..
Dapat melawan kesakitan..
Tolong sama-sama doakan dia ye kengkawan..
Doa dari anda semua, hanya yang Maha Esa sahaja yg dapat membalasnya..
Doa dari anda semua, hanya yang Maha Esa sahaja yg dapat membalasnya..
Ucapan dan doa sahabat2 semua bolehlah ditaip di bahagian ulasan di bawah ye..
Sy akan tunjukkan pada Effy bila dia sedar sepenuhnya.. Betapa ramainya yang menyayanginya..
Amin..
Sy akan tunjukkan pada Effy bila dia sedar sepenuhnya.. Betapa ramainya yang menyayanginya..
Amin..